
Bila tak ada idea nak masak, selalunya benda alah ni memang sesuai sangat utk dibuat lauk. Rasanya memang lain, tapi sedap. Kalu takat 2 kg senang-senang je nak habis. Satu cara yg mudah nak masak lala ni... goreng pedas.
Rasanya memang mengancam...Cuma yg nak kena jaga kadang-kadang benda ni berpasir..Jadi kena rendam betul-betul supaya tidak mengganggu kelancaran proses memakannya..
Cara nak masaknya spt yg ditunjukkan dibawah.
BAHAN
1 kg lala
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar (dihiris)
3 sudu Pes Tom Yam Nurul
3 tangkai cili merah (dihiris)
2 sudu sos tiram
2 tangkai daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa
CARA-CARA:
- Lala direndamkan ke dalam air sebentar. Kemudian basuh dan toskan. (*semasa membasuh lala, pastikan kulit lala terbuka kerana biasanya lumpur terperangkap di dalam lala yang bertutup rapat).
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
- Masukkan Pes Tomyam Nurul, gula, garam dan lala. Kacau rata.
- Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
- Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
No comments:
Post a Comment