
CARA-CARA:
- Lala direndamkan ke dalam air sebentar. Kemudian basuh dan toskan. (*semasa membasuh lala, pastikan kulit lala terbuka kerana biasanya lumpur terperangkap di dalam lala yang bertutup rapat).
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
- Masukkan Pes Tomyam Nurul, gula, garam dan lala. Kacau rata.
- Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
- Angkat dan hidangkan dalam pinggan.