Tuesday, November 24, 2009

LALA GORENG PEDAS NURUL




















Bila tak ada idea nak masak, selalunya benda alah ni memang sesuai sangat utk dibuat lauk. Rasanya memang lain, tapi sedap. Kalu takat 2 kg senang-senang je nak habis. Satu cara yg mudah nak masak lala ni... goreng pedas.

Rasanya memang mengancam...Cuma yg nak kena jaga kadang-kadang benda ni berpasir..Jadi kena rendam betul-betul supaya tidak mengganggu kelancaran proses memakannya..

Cara nak masaknya spt yg ditunjukkan dibawah.

BAHAN
1 kg lala
3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar (dihiris)
3 sudu Pes Tom Yam Nurul
3 tangkai cili merah (dihiris)
2 sudu sos tiram
2 tangkai daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Lala direndamkan ke dalam air sebentar. Kemudian basuh dan toskan. (*semasa membasuh lala, pastikan kulit lala terbuka kerana biasanya lumpur terperangkap di dalam lala yang bertutup rapat).
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
  3. Masukkan Pes Tomyam Nurul, gula, garam dan lala. Kacau rata.
  4. Tutup dengan penutup kuali dan biarkan sebentar.
  5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

AYAM PANDAN NURUL
















Bahan A

  • 5 keping isi ayam (tanpa kulit) - di potong dadu dlm 1-1/2 inci besar
  • Daun Pandan secukupnya - pilih yg lebar-lebar
  1. bersihkan ayam tos airnya
  2. bersihkan daun pandan dan di lap hingga kering


Bahan B

  • 1 batang serai
  • 3 sudu Pes Tom Yam Nurul
  • sedikit kunyit
  • 1 sdm sos ikan
  • 1 sdt sos soya (dark soya sauce)
  • 1 sdt gula
  • 1 sdt serbuk lada putih - lebihkan kalau mahu lebih pedas
  • sedikit garam

Cara-cara membuat

  1. Masukkan semua bahan2 B dlm blender dan di blend hingga halus.
  2. Gaulkan isi ayam dgn Bahan2 kisar tadi dan perap selama sekurang2nya 1 jam
  3. isikan ayam dlm daun pandan dan ikat secara baik.
  4. Semasa mahu menghidang.. panaskan minyak dan goreng ayam dlm daun pandan tadi selama 5 minit.. toskan minyak dan hidangkan.

Nota:
Ayam pandan ni boleh di buat dan di simpan dlm freezer dan
goreng bila2 masa di perlukan...

BIHUN AYAM NURUL













Bahan-bahannya
1 ekor ayam
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
1 gumpal mee wantan
1/4 cawan air rebusan ayam
3 sudu Pes Tom Yam Nurul
secubit garam secukup rasa
gula secukup rasa
sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur

Cara untuk Ayam
Ayam dibersihkan. Panaskan air secukupnya untuk tenggelamkan ayam tersebut didalam periuk. Rebus ayam tersebut sehingga masak. Angkat ayam dan celup dalam besen berisi air sejuk. Cara ini supaya kulit ayam cantik. Angkat ayam dan gantung toskan dan sehingga betul2 kering.
Campurkan minyak bijan dan kicap cair dan sapu diseluruh kulit ayam tersebut, perap selama 10 minit. Kemudian boleh goreng dimana minyak panas dituang diatas keseluruh badan ayam selama 10 minit, sehingga kulit ayam nampak garing dan isinya lembut dibahagian dalam.

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan pes tomyam Nurul, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama daging ayam yang telah dipotong dan sayur pak choy.

MEE CENDAWAN NURUL
















BAHAN-BAHAN:

200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12 keping cendawan kering, dibersihkan dan direndam dalam semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
3 sudu Pes Tom Yam Nurul


1/2 camca teh lada putih

1/2 camca teh lada hitam

2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn
1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur


CARA:
Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
Masukkan lada putih dan lada hitam.
Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan garam dan gula.
Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.


Sunday, November 22, 2009

RESEPI NASI GORENG


















BAHAN-BAHAN:

3 Cawan Nasi

3 Sudu Minyak Masak
2
Sudu Perencah Tom Yam Nurul
1
Mangkuk(kecil) Sayur Campur
2
Sudu Sos Tiram

Garam Secukup Rasa
Udang Atau Ayam Atau Sotong Atau Telur.

(Kicap - Untuk Hidangan Mee/Bihun/Kuey Tiaw)


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak.
2.
Masukkan ayam ke dalam masakan tadi. Tambahkan sedikit air untuk mengempukkan ayam.

3. Masukkan 3 sudu besar Perencah Tom Yam Nurul

4. Masukkan sos tiram.

5. Selepas itu, masukkan sayur campur.
6.
Masukkan nasi dan gaul sehingga masak.

RESEPI IKAN BAKAR














BAHAN :

3 ekor ikan( jenis mengikut kesukaan masing-masing)

2 Batang Serai Diketuk.

3 Sudu Besar Pes Tomyam Nurul

Daun pisang untuk membungkus atau lapik ketika

membakar


CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ikan & kelar (jika suka)

2. Lumurkan ikan dengan Pes Tom Yam Nurul.

3. Bakar ikan di atas daun pisang atau balut.



Saturday, November 21, 2009

RESEPI AYAM PAPRIK

















BAHAN :

250 G Ayam @ Daging

2 Biji Bawang Besar Dihiris

3 Helai Daun Limau Purut

2 Sudu Sos Tiram

3 Sudu Sos Cili

2 Batang Serai Diketuk.

3 Biji Cili Api, Mengikut Pedas Masing-masing

3 Sudu Besar Pes Tomyam Nurul

3 Biji Kacang Panjang

1 Peket Putik Jagung

Sedikit Bunga Kobis

1 Batang Lobak Merah

Sedikit Minyak Masak


CARA MEMASAK :

1.Panaskan minyak & tumis bawang besar

2. Masukkan ayam & tambah sedikit air untuk

mengempukkan ayam.

3. Masukkan Pes Tom Yam Nurul, sos tiram, sos cili,

serai, daun limau purut & cili api.

4. Bila mendidihkan, masukkan lobak, putik jagung &

bunga kobis.

5. Padamkan api & masukkan kacang panjang.